Amaran angin kencang

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan utara Condore, utara Reef North dan utara Palawan sehingga Isnin, 17 September 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket, Samui, selatan Condore, selatan Reef North, Layang-Layang, selatan Palawan, Labuan dan Sulu sehingga Isnin, 17 September 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Sabah Barat sehingga Isnin, 17 September 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
 Sumber: https://www.facebook.com/malaysiamet/

Most View 》》》

Submit Your Web