Minta Ampun Kepada IbuBapa Yang Telah Meninggal

MINTA AMPUN KEPADA IBU BAPA YANG TELAH MENINGGAL


 Dari Anas bin Malik r.a. katanya :

 قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” إِنَّ الْعَبْدَ لَيَمُوْتُ وَالِدَاهُ أَوْ أَحَدُهُمَا، وَإِنَّهُ لَهُمَا لَعَاقٌّ، فَلَا يَزَالُ يَدْعُوْ لَهُمَا، وَيَسْتَغْفِرُ لَهُمَا حَتَّى يَكْتُبَهُ اللهُ بَارًّا ”

 Maksudnya : “Rasulullah saw bersabda : Sungguhnya seorang hamba yang kematian ibu bapanya atau salah seorang dari keduanya dan sungguhnya dia dulu derhaka kepada keduanya maka hendaklah sentiasa berdoa kepada kedua ibu bapanya itu dan meminta keampunan bagi keduanya sehingga Allah memasukkan dia ke dalam golongan orang yang berbuat baik dan berbakti.”
(Hadith Baihaqi) Berkata Imam Nawawi :

 أما مطالبتهما له في الآخرة فلا طريق إلى إبطالها، ولكن ينبغي له بعد الندم على ذلك، أن يكثر من استغفار لهما والدعاء، وأن يتصدق عنهما إن أمكن، وأن يكرم من كانا يحبان إكرامه: من صديق لهما ونحوه، وأن يصل رحمهما، وأن يقضي دينهما، أو ما تيسر له من ذلك

 artinya : “Ada pun segala tuntutan kedua orang tua kepada anak durhaka di akhirat nanti maka tidak ada jalan untuk membatalkannya. Dan tteapi sebaiknya anak yang derhaka itu kemudian dari bertaubat atas dosanya bahawa ia memperbanyakkan istighfar bagi kedua orang tuanya dan berdoa. Dan bahawa bersedekah untuk kedua orang tuanya jika mampu dan menyambung silaturrahim kawan-kawan keduanya dan membayar segala hutangnya atau apa yang mudah dilakukan.” (Kitab Fatawa Nawawi)

1. Selalu berdoa kepada ibu bapanya.Kesimpulannya anak yang derhaka kepada orang tuanya dan mereka telah meninggal dunia hendaklah melakukan seperti berikut mudah-mudahan mendapat keampunan Allah dan kemaafan dari orang tuanya di akhirat nanti :

 2. Selalu beristighfar bagi kedua ibu bapanya.

 3. Melakukan amal solih supaya dapat juga pahalanya olih kedua ibu bapanya.

 4. Bersedekah atau mewakafkan harta benda untuk kedua ibu bapanya.

 5. Menghubung silaturrahim dengan kawan-kawan ibu bapanya dan berbuat baik kepada mereka.

 6. Membayar hutang ibu bapanya jika ada. Wallahua’lam

 Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original)

Most View 》》》

Submit Your Web