Kisah Seram.. Hospital Mersing


PART 1
Rasuk Wad 3  Hospital Mersing

Kisah Benar , Lebih kurang 5 tahun lepas  , Jam 2 pagi .

NOTA PENTING
Kisah ini pengalaman aku sekitar tahun 2011. 7 tahun yang dulu . Akan tetapi , setelah kedatangan para ustaz dan ilmuan islam . Hospital Mersing kini 2018 tiada lagi masalah gangguan ATAU mistik . Jadi saya berharap tidak memberi kesan kepada mana mana pihak . Harap maklum .

Waktu itu aku oncall , (atas panggilan ) , kebiasaanya MO oncall akan standby di Jabatan Kecemasan . Jadi kalau tak ada case tu , macam biasa aku dan geng Dressar yang lain akan lepak dibilik ambulan untuk tengok astro sambil layan kopi o cicah biskut kering .

Tepat jam 2 pagi , dengan mood yang kelam dan mendung , aku terima satu panggilan
“ doc , urgent ward 3 ( wad perempuan ) ada patient mengamuk , histeria “ Ahhh !! dalam hati .. aku pun balas Ok saya datang sekarang !

Adui ,2 pagi ni nak menapak jalan kaki sampai wad 3 nun jauh dibelakang sana , angin mendung lagi , ni aku pun terpaksa terus kan , sambil baca apa yg terlintas , bulu dah meremang , jiwa dah goyang , sebab aku dah boleh agak kenapa ward 3 . Ward yang paling banyak sejarah di hospital mersing dan paling dekat dengan “ POHON BESAR “ itu .

Masa dalam perjalanan kesana , dalam malam yang gelap gelita , lampu jalan pun suam suam , aku nampak seorang pakcik yang  berkopiah , berjanggut putih sedang menolak kerusi roda kearah bilik mayat , aku hanya nampak dari sudut sisi tepi & belakang .

“ Siapa pulak pakcik (PPK ) ( pembantu perubatan ) ada janggut ni tak penah nampak “ ..

“ Kenapa pulak nak tolak wheelchair pergi bilik mayat 2 pagi “

Tapi aku pun takde lah nak syak apa sangat , mungkin ada staff yang aku tak pernah nampak , tapi aku rasa aku kenal semua orang .. abaikan lah ... nanti lah fikir ..

Sampai sahaja di ward ... masyallah .... kakak2 misi dah berkumpul  di satu sudut , muka pucat , dan tak mahu toleh kebelakang  ,pesakit lain pula semuanya selubung dengan selimut .. tinggal aku sahaja dipintu depan untuk melangkah masuk ... Bulu pun dah tak larat nak meremang lagi ..

Sayup sayup suara alquran terngiang kedengaran dari telefon bimbit kakak misi , tiba 2 berdentum dentum bunyi pintu blakang wad 3 . Angin makin kuat , ini serius , macam dalam ‘ movie ‘ . PENAH TENGOK MOVIE “ EXORCISM ? Hah macam tu lah !

Nun jauh disana , Subahanallah .. Rasa macam nak terkencing dalam seluar pun ada , pertama kali aku lihat dalam hidup aku
...... Si DIA....

—————————————————————

Siapa yang tertinggal , boleh baca di link bawah

Untuk tahu kisah selanjutnya ...
Follow page aku Klik “ FOLLOW” , Comment F , share & tag kawan kawan untuk KISAH Mersing  yang aku sedang ceritakan ...

Dr Yazeed Hairi
Ex Medical Officer Mersing.
ESCOBAR DERHAKA

Untuk sesiapa yang belum sempat atau tertinggal PART 1 & PART 2 , Part 0 , Part 3 , part 3i , part 4 ....5. & 6
klik link di bawah

NOTA PENTING ( Baca Dahulu)
Baca Dulu

PART 1 RASUK WAD 3 Rumah Sakit Mersing
PART 01

PART 0 PREKUAL ( Dr Kamarul)
PART 0

PART 2 RASUK WAD 3
PART 02

PART 3 Kuartes BangLo Jkr
“ Tetamu yang tak diundang “
PART 03

PART 3i Trailer
“ Aku dan Mersing “
PART 03i

PART 4 Bilik Mayat HM
“ Panggilan Bilik Mayat “
PART 04

PART 5A Si Pendua & Ambulan
PART 5A

PART 5 FULL Si Pendua & Ambulan
PART 05

PART 6 FULL
PART 06

EDISI BONUS  “ LANGGAR PANTANG “
EDISI BONUS

PART 7 Mantera Merah
PART 07

*siapa yang belum baca edisi bonus .. langgar pantang ... Nanti korang akan faham satu hari nanti ... Kenapa aku ceritakan tajuk “ langgar pantang” ni sebelum tamat kisah mersing ...

Credit to owner:
FB/Yazeed Hair Johari

Most View 》》》

Submit Your Web