Lelaki Ini Kongsi Tips Rawat Buasir Yang Tidak Perlukan Wang Yang Banyak. Ramai Tidak Tahu Khasiat Makhluk Allah Ini

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa siput gondang bukan sahaja enak dimakan malah turut menjadi penawar buasir.

Seorang peniaga, Nordiana Shahbuddin, 33, berkata, siput ini mendapat permintaan tinggi di pasaran kerana rasanya yang enak dan berkhasiat.

Menurutnya, namun begitu, kebelakangan ini siput semakin sukar diperoleh di pasaran kerana tidak ramai dalam kalangan peniaga yang mencarinya.

“Ia bergantung kepada peniaga itu sendiri, macam kami orang kampung, kami akan pergi ke anak-anak sungai untuk mencarinya.

“Walaupun tidak semua orang tahu cara untuk makan siput ini, tapi masih ada segelintir yang tahu akan khasiatnya lalu mencari siput ini untuk tujuan perubatan,” katanya.

Nordiana berkata, siput gondang sememangnya dikenali masyarakat kampung sebagai ubat tradisional untuk buasir sejak dahulu lagi.

“Rasanya seakan-akan pedal ayam, namun lebih enak dan kebiasaannya ia dimasak gulai lemak cili api atau goreng berlada.

“Namun untuk mengubati buasir, siput ini kebiasaannya dibakar terlebih dahulu, kemudian dimakan begitu sahaja,” katanya.

Katanya, siput yang lebih mudah diperoleh terutama ketika musim tengkujuh ini menjadi sumber rezeki buatnya untuk menyara keluarga.

“Saya jual siput gondang pada harga RM5 sepinggan di Pasar Awam Bentong yang dibuka setiap hari kecuali Isnin.

“Inilah sumber pendapatan harian saya selain turut menjual produk kampung lain seperti kijing dan sayuran kampung,” katanya. Nordiana menunjukkan isi siput gondang untuk merawat buasir. SUMBER : Sinar Harian

Mana Nak Jumpa Siput Gondang?

Menurut tuan punya video Tuan Budin Ali (Facebook) beliau beritahu siput gondang ini boleh di dapati di paya paya atau kolam tinggal. Contohnya di paya kebiasaan Siput Gondang ini akan duduk sepasang sepasang jadi anda akan jumpa 2 gondang sekaligus.

Jika anda rasa petua ini berbaloi dan manafaat. Boleh cuba dan kongsikan. Apa pun kita usaha dan berdoa agar semuanya dipermudahkan. Kami tidak katakan ubat moden tidak elok tapi kita usaha dan tawakal. Insyallah. Kredit: Tuan Budin Ali

Most View 》》》

Submit Your Web